Streetlights
Streetlights ialah sebuah kumpulan rock Malaysia era sekitar tahun 80an yang berkonsepkan blues, pop & reggae.
Kugiran ini detubukan di Bangsar KL pada hujung dekad 1970s. Ia dianggotai oleh Bachan Singh (penyanyi utama/percussion), Kesava Rao (gitar), Joseph Mahendran (bass) dan Ragu (dram).
Antara album-album kumpulan ini ialah Biarkan (1984) dan Suara (1985). Lagu yang paling terkenal ialah Biarkan, Lamunan dan Tunggu Keputusan. Penerbitnya ialah Raymond Lim, seorang graduan baru dari Sekolah Muzik Berklee di Amerika.
Ahli sesi termasuk pemain keyboard Richard Hoon; penerbit Raymond Lim pada gitar, pemain saksofon Norazmi Hairuddin; wartawan hiburan William De Cruz, yang bermain gitar di Biarkan dan Lamunan, dan tabla maestro V. Angappan.
Lepas album pertama, Ragu digantikan oleh Philip Robert. Untuk album keduanya, penerbit terkenal Roslan Aziz telah melibatkan diri.
Kumpulan ini juga pernah mengadakan persembahan di panggung Aniversary Tasik Perdana pada tahun 1986.
Namun, tidak lama lagi, kugiran telah berpisah. Bachan edarkan album solo yang dinamakan Macam-Macam (1987) sebelum berhijrah ke Kanada.
Akhirnya Joseph mengingal dunia tahun 2000 dan Bachan menggingal dunia tahun 2025.