Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde

Strange Case of Dr Jekyll
and Mr Hyde
Halaman judul edisi London yang sulung (1886)
Umum
PengarangRobert Louis Stevenson
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
Penerbitan
PenerbitLongmans, Green & Co.
Tarikh penerbitan
5 Januari 1886
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN N/A Invalid ISBN

Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde (Kes Aneh Doktor Jekyll dan Encik Hyde) ialah judul asal bagi sebuah novela yang ditulis oleh Robert Louis Stevenson, penulis Scotland, yang diterbitkan buat pertama kali pada 1886. Sebutan asal Jekyll ialah "Jeekul" yang merupakan sebutan yang digunakan di Scotland, tempat lahir Stevenson. Karya itu kini lebih umum dikenali sebagai The Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde atau secara mudah sebagai Dr Jekyll and Mr Hyde. Kisahnya mengenai Gabriel John Utterson, seorang peguam dari London yang menyiasat kejadian-kejadian yang aneh antara kawan lamanya, Dr Henry Jekyll, dan Edward Hyde, seorang pembenci manusia.

Karya Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde sering dikaitkan dengan suatu keadaan mental yang jarang ditemui dan yang umum dikenali secara kurang tepat sebagai "personaliti berpecah". Keadaan itu merujuk kepada seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya dua personaliti yang berbeza. Dalam kes tersebut, Dr Jekyll mempunyai dua personaliti, satu yang baik dan satu yang jahat, dengan tahap kesusilaan antara kedua-dua personaliti itu langsung tidak serupa. Kesan novel itu sangat berpengaruh sehingga menjadi sebahagian perbendaharaan kata bahasa Inggeris, dengan ungkapan "Jekyll and Hyde" yang bermaksud seseorang yang mempunyai akhlak yang sangat berbeza dari satu keadaan ke keadaan yang lain.

Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde mencapai kejayaan yang serta-merta sewaktu diterbitkan dan merupakan salah satu karya Stevenson yang terlaris. Padanan untuk pementasan kemudian dipersembahkan di Boston serta London dan dalam tempoh setahun sejak penerbitannya, novela itu telah mengilhami banyak filem dan persembahan pentas yang utama.