Stoa
Stoa dalam seni bina Yunani purba ialah laluan pejalan kaki berbumbung atau serambi anjung, biasanya untuk kegunaan awam. Stoa-stoa pada mulanya terbuka di tempat masuk dan bertiang, biasanya mengikut aturan Doris, yang berbaris di sisi bangunan. Stoa mengadakan suasana yang selesa dan amat sesuai dengan iklim sederhana di Yunani.
Bangunan terkemudian dalam gaya ini mempunyai dua tingkat. Sebuah bumbung menyokong barisan tiang yang di dalam. Kedai-kedai atau pejabat terletak di tingkat kedua. Ia direka mengikut seni bina Ionia. Pedagang boleh menjual barangan mereka di sini. Seniman dapat memaparkan karya mereka. Orang dapat berkumpul untuk acara keagamaan. Stoa biasanya mengelilingi kawasan pasar di kota-kota besar.