Steve Wozniak
Steve Wozniak | |
|---|---|
| Kelahiran | Stephan Gary Wozniak 11 Ogos 1950 |
| Pekerjaan | Ahli sains komputer Jurutera elektrik |
| Pasangan | Alice Robertson (k. 1976–1980) Candice Clark (k. 1981–1987) Suzanne Mulkern (k. 1990–2004) Janet Hill (k. 2008) |
| Anak-anak | Tiga |
| Laman web rasmi | http://www.woz.org |
Stephen Gary "Woz" Wozniak (lahir 23 Ogos 1950) ialah jurutera komputer Amerika Syarikat serta pengasas Apple Computer (kini Apple Inc.), bersama-sama dengan Steve Jobs. Rekaan dan mesin-mesinnya telah diberikan penghargaan kerana banyak menyumbangkan kepada revolusi komputer peribadi pada dekad 1970-an. Wozniak mencipta komputer Apple I dan Apple II pada pertengahan 1970-an, dengan Apple II mencapai kepopularan yang besar dan merupakan salah satu komputer peribadi yang terlaris pada dekad 1970-an dan awal 1980-an.