Stesen tiub Charing Cross
| Lokasi | Charing Cross |
|---|---|
| Pihak berkuasa tempatan | Westminster |
| Diurus oleh | London Underground |
| Bil. platform | 4 |
| Kemasukan dan keluar tahunan London Underground | |
| 2005 | 18.797 juta |
| 2007 | 22.297 juta |
| 2008 | 23.39 juta |
| Maklumat lain | |
| Portal Pengangkutan London | |
Stesen tiub Charing Cross ialah sebuah stesen London Underground di Charing Cross di City of Westminster dengan tempat masuknya terletak di Dataran Trafalgar dan Strand. Stesen ini dilayani oleh laluan Northern dan Bakerloo dan menyediakan pertukaran dengan rangkaian National Rail di stesen Charing Cross. Di Laluan Northern ia terletak di antara stesen Embankment dan Leicester Square di cabang Charing Cross, dan di Laluan Bakerloo antara stesen Embankment dan Piccadilly Circus. Ia terletak dalam Travelcard Zone 1.
Stesen ini terdahulunya juga dilayani oleh Laluan Jubilee di antara 1979 dan 1999; dan bertindak sebagai perhentian penghabisan selatan laluan sewaktu tempoh tersebut.
Untuk sebahagian besar sejarah London Underground, nama Charing Cross tidak dikaitkan dengan stesen ini tetapi dengan stesen yang kini bergelar Embankment. Lihat di bawah untuk sejarah kompleks penamaannya.