Stesen senjata kawalan jauh
Sebuah sistem senjata kawalan jauh (Remote Controlled Weapon System - RCWS) merujuk kepada sebuah sistem senjata kaliber sederhana atau kecil yang dioperasikan dengan kawalan jauh. Ia sering kali dilengkapi dengan sebuah sistem kawalan tembakan yang boleh dipasang pada sebuah pelantar senjata di kenderaan darat, laut atau udara.
Peralatan ini digunakan oleh kenderaan moden, di mana ia membolehkan seorang juru meriam kekal berada di dalam kedudukan yang terlindung. Ia boleh diubahsuai pada kenderaan sedia ada, sebagai contoh sistem CROWS yang dipasang pada kenderaan Humvees Amerika Syarikat.