Stesen MRT Canberra

Stesen MRT Canberra (NS12) merupakan stesen bertingkat Sistem Pengangkutan Gerak Cepat yang terletak pada Laluan MRT Utara Selatan di Sembawang.

Stesen MRT ini memberi khidmat kepada para penduduk estet-estet berdekatan seperti Sembawang Springs, dan juga untuk pembangunan kediaman awam dan swasta pada masa akan datang. Ia juga stesen MRT kedua di Singapura selepas stesen Dover yang dibina di atas landasan kereta api sedia ada dan dinaikkan dengan platform sisian. Stesen di Canberra Link ini dibuka pada 2 November 2019 dan mempunyai capaian OKU.