Stephanie Harvey
| missharvey | |
|---|---|
| Stephanie Harvey | |
| Maklumat peribadi | |
| Kelahiran | 19 April 1986 |
| Warganegara | Kanada |
| Maklumat kerjaya | |
| Status | Aktif |
| Permainan | |
| Sejarah kerjaya | |
| 2005 | CheckSix Divas |
| 2006–2010 | SK Ladies |
| 2011–2015 | UBINITED |
| 2015–2017 | CLG Red |
| 2018–present | CLG Red |
Stephanie Harvey (lahir 19 April 1986), lebih dikenali dengan nama dalam permainannya missharvey, ialah pembangun permainan video dan pemain profesional Kanada. Beliau terkenal sebagai pemain Counter-Strike dan Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO), setelah memenangi lima kejuaraan dunia. Beliau bermain untuk Counter Logic Gaming Red.
Di luar permainan profesional, Harvey bekerja sebagai pereka pada pembangun permainan video Ubisoft Montreal. Beliau juga terkenal kerana menentang diskriminasi gender dalam permainan profesional, mengasaskan komuniti dalam talian Missclicks untuk menangani kekurangan perwakilan wanita dalam budaya permainan geek dan permainan video.
Pada November 2016, beliau disenaraikan sebagai salah seorang dari 100 Wanita BBC. Pada Disember 2016, beliau memenangi musim ketiga Canada's Smartest Person.