Kereta estet

Volvo V60 Estate 2018
Ford Mondeo Estate 2016
Toyota Corolla KE70 wagon

Sebuah kereta estet (UK, juga dipanggil estet) atau station wagon (US, juga dipanggil wagon) merupakan sebuah gaya badan automotif yang merupakan variasi kepada sedan/saloon dengan bumbung yang dipanjangkan ke belakang. Bahagian belakang diakses melalui pintu ketiga atau kelima (tailgate atau liftgate) dan bukan bonet/but seperti kereta sedan. Gaya badan ini menambahkan satu lagi tiang, iaitu tiang-D di samping tiang-A, B dan C. Kereta estet juga boleh melipatkan tempat duduk belakangnya bagi menambahkan ruang kargo.

Permintaan terhadap kereta estet telah semakin mengurang bermula tahun 2010-an. Kereta estet juga kurang popular di Malaysia.