Menu Mula

Bagi butang kekunci yang mengaktifkan menu ini, sila rujuk Kekunci Windows.

Menu Start, juga dikenali sebagai Start Screen atau menu Mula adalah elemen antaramuka pengguna pada Microsoft Windows yang berfungsi sebagai pusat pelancaran program aplikasi.

Secara tradisionalnya, menu Start memaparkan senarai bersarang bagi program yang dipasang pada komputer, senarai dokumen yang baru dibuka, perintah untuk log keluar atau mematikan komputer, bantuan, pencarian fail serta pautan ke ketetapan sistem. Kemudiannya, menu Start menawarkan pautan ke folder khas seperti folder dokumen serta pautan ke program yang baru sahaja dibuka.

Secara teknikalnya, menu Start bukanlah wajib; program aplikasi masih boleh dibuka dengan melayari melalui Windows Explorer secara manual. Namun demikian, menu Start menawarkan kaedah yang lebih mudah dan lebih praktikal untuk membuka program aplikasi, walaupun di kalangan pengguna berpengalaman.