Star vs. the Forces of Evil

Star vs. the Forces of Evil
Genre
  • Komedi
  • Pengembaraan
PenciptaDaron Nefcy
Dibangunkan oleh
  • Jordana Arkin
  • Dave Wasson
Pengarah kreatif
Dominic Bisignano
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
  • Brad Breeck (pembukaan)
  • Daron Nefcy & Ego Plum (penutup)
Lagu pembukaan"I'm from Another Dimension" dipersembahkan oleh Brad Breeck
Lagu penutup"Star vs. the Forces of Evil End Theme" dipersembahkan oleh Eden Sher
PenggubahBrian H. Kim
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim4
Bilangan episod77 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Daron Nefcy
  • Dave Wasson (ko-eksekutif, musim 1)
  • Jordana Arkin (ko-eksekutiF, musim 1)
Tempoh siaran22 minit
(dua segmen 11 minit atau satu segmen 22 minit)
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asalDisney XD
Siaran asal18 Januari 2015 (2015-01-18) – 18 Mei 2019 (18 Mei 2019)
Pautan luar
Laman sesawang

Star vs. the Forces of Evil (Star Menentang Kuasa Jahat dalam versi bahasa Melayu) ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Disney Television Animation. Episod pertama ditayangkan pada 18 Januari 2015, di Disney Channel sebagai pratonton khas, dan siri ini secara rasminya ditayangkan pertama kali pada 30 Mac 2015 di Disney XD. Rancangan ini dicipta oleh Daron Nefcy, yang telah bekerja terhadap papan cerita untuk Wander Over Yonder dan Robot and Monster. Nefcy menjadi wanita kedua untuk mencipta siri animasi untuk Disney Television Animation (yang pertama merupakan Sue Rose, yang mencipta Pepper Ann), dan wanita pertama untuk mencipta siri Disney XD. Pada 12 Februari 2015, Disney memperbaharu siri ini untuk musim kedua sebelum tayangan perdananya di Disney XD. Musim kedua ditayangkan pertama kali pada 11 Julai 2016. Pada 4 Mac 2016, siri ini diperbaharu untuk musim ketiga.