Star Trek: Voyager

Star Trek: Voyager
Logo Star Trek: Voyager
FormatCereka sains
PenciptaStar Trek
Gene Roddenberry
Star Trek: Voyager
Rick Berman
Michael Piller
Jeri Taylor
Dibintangi oleh
Lihat para pelakon
Lagu pembukaanJerry Goldsmith
Lagu penutupJerry Goldsmith
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan episod172 (Senarai Episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifBrannon Braga
Jeri Taylor
Pemasangan kamera
Kamera-Tunggal
Tempoh siaran45 minit
Penyiaran
Saluran asalUPN
Format gambarNTSC
Format audioSurround Sound
Siaran asal16 Januari 199523 Mei 2001
Kronologi
MengikutiStar Trek: Deep Space Nine
Diikuti olehStar Trek: Enterprise
Pautan luar
Laman sesawang

Star Trek: Voyager (juga dikenali sebagai ST:VOY atau VOY) ialah siri televisyen cereka sains yang dilatarkan di dalam dunia Star Trek. Siri ini dicipta oleh Rick Berman, Michael Piller dan Jeri Taylor dan merupakan penjelmaan Star Trek yang ke-empat, bermula dengan siri 1960-an Star Trek ciptaan Gene Roddenberry. Voyager dijalankan selama tujuh musim, dari 1995 hingga 2001, dan merupakan siri Star Trek pertama yang dibintangi oleh seorang wanita sebagai pegawai pemerintah, iaitu Captain Kathryn Janeway (Kate Mulgrew).

Siri ini mengikut penerokaan kapal angkasa Starfleet USS Voyager dalam perjalanan kembali ke rumah selepas tercampak 70,000 tahun cahaya dari Bumi dan dijangka mengambil masa sebanyak 75 tahun. Pencantuman penumpang kapal Starfleet dan pengganas Maquis di atas kapal Voyager dan pertembungan ideologi yang terakibat menjadi konflik utama pada awal siri, di samping konflik dengan makhluk asing yang dijumpai. Beberapa novel yang dikeluarkan meneruskan cerita Voyager selepas pengakhiran siri televisyennya.