Stanley Kubrick
Stanley Kubrick | |
|---|---|
Kubrick pada tahun 1964 | |
| Kelahiran | 26 Julai 1928 |
| Meninggal dunia | 7 Mac 1999 (umur 70) St Albans, Hertfordshire, England |
| Sebab kematian | Serangan jantung |
| Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis skrip, sinematografer, penyunting |
| Tahun aktif | 1951–1999 |
| Pasangan | Toba Etta Metz (1948–1951; bercerai) Ruth Sobotka (1954–1957; bercerai) Christiane Harlan (1958–1999; meninggal) |
Stanley Kubrick [ˈkuːbrɪk, staen-li ku-brik] (26 Julai 1928 – 7 Mac 1999) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip, dan penerbit dari Amerika Syarikat. Beliau sering disebut sebagai salah seorang pengarah terkenal dan paling berpengaruh dalam sejarah perfileman. Kebanyakan filem-filemnya -yang merupakan adaptasi novel atau cerita pendek - merangkumi pelbagai jenis genre, dan terkenal dengan realisme, humor gelap, sinematografi yang unik, reka bentuk set yang luas, dan penggunaan muzik evokatif.