Stadium Yankee

Stadium Yankee
"The Stadium"
"The House That Jeter Built"
"The House That George Built"
Stadium Yankee pada 2010
Alamat1 East 161st Street
LokasiThe Bronx, New York City
Koordinat40°49′45″N 73°55′35″W / 40.82917°N 73.92639°W / 40.82917; -73.92639
PemilikNew York City Industrial Development Agency
PentadbirYankee Stadium LLC
KapasitiBesbol:
46,537 (2020–kini)
47,309 (2018–2019)
47,422 (2017)
49,469 (2016)
49,638 (2015)
49,642 (2014)
50,2f91 (2011–2013)
50,287 (2009–2010)
Bola sepak: 28,743 (Ditambah kepada 47,309)
Bola sepak Amerika: 54,251
Rekod kehadiranBesbol: 50,960
Bola sepak: 49,653
Bola sepak Amerika: 54,251
Saiz PadangBesbol:
Kiri padang – 318 ka (97 m)
Kiri pusat – 399 ka (122 m)
Pusat padang – 408 ka (124 m)
Kanan pusat – 385 ka (117 m)
Kanan padang – 314 ka (96 m)
Backstop – 52 ka 4 in (15.95 m)
Bola sepak:
110 yd (100 m) x 70 yd (64 m)
PermukaanKentucky Bluegrass
Pembinaan
Pecah tanah19 Ogos 2006 (19 Ogos 2006)
Dibuka2 April 2009 (2 April 2009) (dibuka semula)
3 April 2009 (3 April 2009) (perlawanan persahabatan)
16 April 2009 (16 April 2009) (musim regular)
Kos pembinaanAS$2.3 bilion
ArkitekPopulous (dahulunya HOK Sport)
Pengurus projekTishman Speyer/International Facilities Group, LLC.
Jurutera strukturThornton Tomasetti
Perkhidmatan juruteraM-E Engineers, Inc.
Kontraktor amTurner Construction
Tuan rumah
New York Yankees (MLB) (2009–kini)
Pinstripe Bowl (NCAA) (2010–kini)
New York City FC (MLS) (2015–kini)

Stadium Yankee (bahasa Inggeris: Yankee Stadium) merupakan stadium besbol yang terletak di The Bronx, New York City, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan venue kegunaan pasukan New York Yankees di Major League Baseball (MLB) dan pasukan New York City FC di Major League Soccer (MLS).

Stadium ini diperkenalkan pada April 2009 untuk menggantikan stadium lama yang digunakan sejak tahun 1923 hingga 2008. Stadium ini berkedudukan di tapak lama Macombs Dam Park yang berkeluasan 24-ekar (9.7 he) atau terletak di blok utara daripada tapak stadium asal. Stadium Yankee baru ini mengguna pakai elemen-elemen stadium lama sambil menggunakan konsep ruang yang lebih lapang dan kemudahan moden.

Walaupun kerja-kerja pembinaan dimulakan pada Ogos 2006, projek ini memakan masa dan dilemparkan dengan pelbagai kontroversi termasuklah kos awam yang tinggi. Stadium yang bernilai $2.3 bilion dibina dengan $1.2 bilion subsidi awam telah menjadikannya sebagai stadium termahal yang pernah dibina.

Selain sukan besbol, stadium ini juga melangsungkan perlawanan bola sepak. Pada tahun 2014, stadium ini menjadi gelanggang baru bagi pasukan MLS iaitu New York City FC yang dimiliki oleh City Football Group dan Yankees. Stadium Yankee menjadi gelanggang sementara kelab tersebut sehingga sebuah stadium baru dibina. Bahkan, stadium ini juga mengadakan perlawanan bola sepak Amerika di peringkat kolej seperti Pinstripe Bowl yang diadakan pada setiap tahun di samping penganjuran konsert dan majlis-majlis lain.