Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim
Nama penuhStadium Sultan Ibrahim
LokasiIskandar Puteri Johor Bahru
Koordinat1°28′53″N 103°37′09″E / 1.481513°N 103.619120°E / 1.481513; 103.619120
Pecah tanah30 Januari 2016
Dibuka22 Februari 2020
PermukaanNatural grass (Zeon Zoysia Hybrid)
Kos pembinaanRM 200 juta
ArkitekSaadon Architect, Beijing Institute of Architectural Design
Pengurus ProjekCGPV Industrial Building System Sdn Bhd
Jurutera strukturHaikal Jurutera Perunding Sdn Bhd
Jurutera perkhidmatanJurutera Perunding FRM Sdn Bhd (M&E), Pakatan Ukur Bahan Sdn Bhd (QS)
Kontraktor umumShanghai Baoye Group (Malaysia) Sdn Bhd
Kapasiti40,000


Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan sultan negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

Sebagai stadium baru Johor Darul Ta'zim FC untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020. Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.