Stadium Olimpik Diamniadio
| Stade olympique de Diamniadio | |
| Nama penuh | Stadium Olimpik Diamniadio |
|---|---|
| Lokasi | Diamniadio, Dakar, Senegal |
| Koordinat | 14°43′57.3″N 17°12′04.1″W / 14.732583°N 17.201139°W |
| Pemilik | Kerajaan Senegal |
| Kapasiti | 50,000 |
| Saiz Padang | 105m x 68m |
| Permukaan | Rumput Hibrid |
| Pembinaan | |
| Pecah tanah | 20 Februari 2020 |
| Dibuka | Februari 2022 |
| Kos pembinaan | €238 juta (anggaran) |
| Arkitek | Arkitek Tabanlioglu |
| Kontraktor utama | Summa |
| Tuan rumah | |
| Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal (2022–kini) | |
Stadium Olimpik Diamniadio, juga dikenali sebagai Stadium Me. Abdoulaye Wade (Perancis: Stade olympique de Diamniadio) ialah stadium pelbagai guna, yang boleh menganjurkan bola sepak, ragbi dan olahraga, di Diamniadio, di Dakar, Senegal. Ia adalah stadium kebangsaan pasukan bola sepak kebangsaan Senegal. Stadium yang mempunyai kapasiti 50,000 direka oleh Tabanlıoğlu Architects dan dibina oleh Summa. Ia akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2026.