Spotlight (filem)

Spotlight
PengarahTom McCarthy
Penulis
  • Tom McCarthy
  • Josh Singer
Dihasilkan oleh
  • Blye Pagon Faust
  • Steve Golin
  • Nicole Rocklin
  • Michael Sugar
Dibintangi
SinematografiMasanobu Takayanagi
Disunting olehTom McArdle
Muzik olehHoward Shore
Syarikat
penerbitan
  • Anonymous Content
  • First Look Media
  • Participant Media
  • Rocklin/Faust
Diedarkan olehOpen Road Films
Tarikh tayangan
  • September 3, 2015
    (Venice)
  • November 6, 2015
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
129 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$20 juta
Pecah panggung$48.4 juta

Spotlight ialah sebuah filem biografi Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh Tom McCarthy dan ditulis oleh McCarthy serta Josh Singer. Filem ini mengikuti pasukan "Spotlight" dari The Boston Globe, sebuah unit penyiasatan akhbar tertua yang masih beroperasi di Amerika Syarikat dan penyiasatan mereka terhadap kes-kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang meluas dan sistematik di kawasan Boston oleh Paderi Roman Katolik. Filem ini adalah berdasarkan siri cerita oleh Pasukan Spotlight sebenar yang mendapatkan The Globe Hadiah Pulitzer untuk Perkhidmatan Awam 2003. Filem ini dibintangi Mark Ruffalo, Michael Keaton, Rachel McAdams, John Slattery, Stanley Tucci, Brian d'Arcy James, Liev Schreiber dan Billy Crudup.

Filem ini ditayangkan pada November 6, 2015 oleh Open Road Films. Ia memenangi pelbagai anugerah dan dinamakan sebagai salah satu filem terbaik pada tahun 2015 oleh pelbagai penerbitan. Filem ini menerima enam pencalonan di Anugerah Akademi ke-88 dan berjaya memenangi kategori Filem Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.