Spock
Spock ialah satu watak cereka dalam francais media Star Trek. Watak ini pertama kali dilakonkan oleh Leonard Nimoy dalam siri asal Star Trek, Spock turut muncul dalam siri animasi Star Trek, dua episod bagi Star Trek: The Next Generation, tujuh daripada filem cerita Star Trek, dan banyak buku, komik, dan permainan video Star Trek. Dalam filem tahun 2009 Star Trek, Nimoy kembali memainkan watak ini bersama-sama Zachary Quinto, yang memainkan watak versi Spock yang lebih muda serta Jacob Kogan yang memerankan watak Spock sebagai kanak-kanak.