Spike Lee
Spike Lee | |
|---|---|
Lee di Festival Filem Cannes 2018 | |
| Kelahiran | Shelton Jackson Lee 20 Mac 1957 Atlanta, Georgia, A.S. |
| Pendidikan | Kolej Morehouse (BA) Universiti New York (MFA) |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1977–kini |
| Ahli lembaga | 40 Acres and a Mule Filmworks |
| Pasangan | Tonya Lewis (k. 1993) |
| Anak-anak | 2 |
| Ibu bapa | Bill Lee |
| Saudara |
|
Shelton Jackson "Spike" Lee (lahir 20 Mac 1957) ialah seorang pengarah, penerbit, penulis, pelakon dan profesor Amerika Syarikat. Syarikat penerbitannya, 40 Acres and a Mule Filmworks, telah menerbitkan lebih 35 filem sejak 1983. Kerjaya pengarahannya bermula menerusi filem She's Gotta Have It (1986). Sejak itu, beliau telah menulis dan mengarahkan beberapa filem seperti Do the Right Thing (1989), Mo' Better Blues (1990), Jungle Fever (1991), Malcolm X (1992), Crooklyn (1994), Clockers (1995), 25th Hour (2002), Inside Man (2006), Chi-Raq (2015), BlacKkKlansman (2018) dan Da 5 Bloods (2020). Lee juga berlakon dalam 10 daripada filem-filemnya.
Beliau telah memenangi beberapa anugerah untuk hasil karyanya, termasuk Anugerah Akademi untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Anugerah Akademi Pelajar, Anugerah BAFTA untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik, dua Anugerah Emmy, dua Anugerah Peabody, dan Cannes Grand Prix. Beliau juga telah menerima Anugerah Kehormat Akademi, Anugerah Kehormat BAFTA, César Kehormat, dan Hadiah Dorothy dan Lillian Gish. Filem-filem Lee, Do the Right Thing, Malcolm X, 4 Little Girls dan She's Gotta Have It dipilih setiap satunya oleh Perpustakaan Kongres untuk pemulihan di Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan kerana "amat penting dari segi nilai budaya, sejarah dan estetik".