Species (filem)

Species
PengarahRoger Donaldson
PenulisDennis Feldman
Dihasilkan olehFrank Mancuso, Jr.
DibintangiBen Kingsley
Forest Whitaker
Natasha Henstridge
Michael Madsen
Alfred Molina
Marg Helgenberger
SinematografiAndrzej Bartkowiak
Disunting olehConrad Buff
Muzik olehChristopher Young
Diedarkan olehMetro-Goldwyn-Mayer
Tarikh tayangan
7 Julai, 1995
Masa tayangan
108 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$30 juta
Pecah panggung$113,374,103

Species ialah filem sains fiksyen seram Amerika tahun 1995 yang diarahkan oleh Roger Donaldson, dan dibintangi oleh Ben Kingsley, Forest Whitaker, Natasha Henstridge, Michael Madsen, Alfred Molina dan Marg Helgenberger. Filem ini diberi rating R untuk "keganasan sci-fi, seksualiti kuat, dan beberapa bahasa". Filem ini asalnya ditulis oleh Feldman pada tahun 1987, dan awalnya ia dijadikan sebagai sebuah filem yang hampir sama dengan gaya prosedur penyiasatan kepolisan, berjudul The Message. Apabila The Message gagal menarik perhatian studio, Feldman menuliskannya semula sebagai skrip spesifikasi, yang akhirnya menyebabkan pembuatan filem tersebut. Aspek fiksyen di luar bumi melalui watak Sil diciptakan oleh H. R. Giger, yang juga bertanggungjawab terhadap makhluk ini berdasarkan dari filem francais siri Alien. Kesannya ia menggabungkan model praktikal yang direka oleh kolaborator Giger Steve Johnson dan XFX, dengan imejan komputer (C.G.I) yang dihasilkan oleh Richard Edlund's Boss Film Studios. Giger merasakan bahawa filem dan wataknya terlalu mirip dengan filem Alien, jadi dia melakukan perubahan skrip buat kali kedua. Sebahagian besar sesi pengambaran utama dilakukan di Los Angeles, California, di mana filem ini dihasilkan. Beberapa adegan di filemkan di Utah dan di Observatorium Arecibo di Puerto Rico. Filem Spesies disambut dengan ulasan yang pelbagai melalui para pengkritik, yang berpendapat bahawa pelaksanaan filem itu tidak mencapai dengan cita rasa umum, akan tetapi tetap menjadi sebuah filem box office. Species menjana AS $113 juta ($192 juta pada tahun 2020 dolar). Filem ini meneruskan sekuelnya Spesies II, Spesies III dan Spesies: Awekening. Spesies diadaptasi menjadi sebuah novel karya Yvonne Navarro dan dua siri buku komik oleh Dark Horse Comics, salah satunya ditulis oleh Feldman sendiri.