Spandeks

Gentian spandeks di bawah pemerhatian mikroskop optik (dengan pengcahayaan berkutub silang, pembesaran 100x)
Gegelendong gentian spandeks

Spandeks (Jawi: سڤنديک س‎) (spandex, di Amerika Utara), Lycra (Jawi: لايكرا‎) atau elastana (Jawi: ايلستان‎) (elastane, di benua Eropah) ialah suatu gentian sintetik yang diketahui atas ciri keanjalannya yang luar biasa. Ia lebih kuat dan lebih tahan lama daripada getah asli. Kopolimer polieter-poliurea ini ditemui oleh Joseph Shivers, seorang ahli kimia yang bekerja di Makmal Benger syarikat DuPont, Waynesboro, Virginia pada tahun 1958. Pengenalannya pada tahun 1962 membawa perubahan yang ketara kepada industri pembuatan pakaian.

Istilah "spandeks" merupakan kata pinjaman Bahasa Inggeris iaitu spandex yang merupakan suatu susunan semula daripada perkataan expands ("mengembang").