Sonakshi Sinha

Sonakshi Sinha
Sinha pada 2014
Kelahiran
Sonakshi Sinha

(1987-06-02) 2 Jun 1987
Mumbai, Maharashtra, India
Pusat pendidikanUniversitas Wanita SNDT
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi rap
Tahun aktif2010–kini
Ibu bapaShatrughan Sinha
Poonam Sinha
SaudaraLuv Sinha (adik)
Kush Sinha (adik)

Sonakshi Sinha (Sebutan Hindustani: [soːnaːkʂiː sɪnɦaː]; lahir 2 Jun 1987) ialah seorang pelakon dan penyanyi India. Beliau ialah anak perempuan Shatrughan dan Poonam. Selepas bekerja sebagai pereka kostum di awal kerjayanya, Sonakshi membuat penampilan sulungnya dalam filem aksi-drama Dabangg (2010) yang menjadikannya pemenanh Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.

Sinha telah menjayakan peranan kekasih dari protagonis lelaki dalam beberapa filmem aksi-drama dengan keuntungan tertinggi, termasjk Rowdy Rathore (2012), Son of Sardaar (2012), Dabangg 2 (2012) dan Holiday: A Soldier Is Never Off Duty (2014), meskipun beliau dikritik kerana melakonkan watak yang terhad. Ia meraih pujian kritis dengan melakonkan seorang wanita yang pulih dari tuberkulosis dalam filem drama percintaan Lootera (2013), yang menjadikan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik pada 2013.