Sofia Carson
Sofia Carson | |
|---|---|
Carson pada Ogos 2017 | |
| Kelahiran | Sofía Daccarett Char 10 April 1993 Fort Lauderdale, Florida, A.S. |
| Pusat pendidikan | Universiti California, Los Angeles |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2012–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Diskografi | Karya terkenal |
| Syarikat rakaman | |
Sofía Lauren Daccarett Char (lahir 10 April 1993), lebih nama dikenali sebagai Sofia Carson , ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Penampilan pertamanya di televisyen ialah bintang tamu di siri Disney Channel Austin & Ally. Pada tahun 2015, beliau muncul sebagai Evie, anak perempuan Evil Queen, dalam Disney Channel Original Movie Descendants, dan kemudian menjayakan kembali peranannya dalam Descendants 2 dan Descendants 3. Pada tahun 2016, beliau muncul sebagai Lola Perez dalam Adventures in Babysitting, Melanie Sanchez dalam Tini: The Movie, dan Tessa dalam A Cinderella Story: If The Shoe Fits. Pada tahun 2019, Carson membintangi siri drama Freeform Pretty Little Liars: The Perfectionists. Dia telah membintangi filem drama romantik Netflix Purple Hearts (2022) dan filem thriller Carry-On (2024).