Sofa
Sofa (pinjaman Inggeris serapan Turki lanjut dari Arab: صُفَّة, rumi: ṣuffah, lit. 'bangku panjang' terbitan bentuk ism kata kerja صَفَّ ṣaffa "menyusun; mengaturkan; berbaris" sekembar صَفَ ṣaff "barisan") atau kerusi rehat adalah sejenis kerusi panjang yang bertilam empuk dan mempunyai tempat bersandar dan alas lengan di kedua-dua belah. Sofa biasanya diletakkan di ruang tamu atau di hadapan televisyen. Ia tempat duduk selesa.