Putih Salji

Putih Salji
Puteri Putih Salji dalam kerandanya, Theodor Hosemann, 1852
Cerita rakyat
Nama: Putih Salji
Data
Kelompok Aarne-Thompson:709
Negara: Jerman

Putih Salji (Jerman: Schneewittchen, bahasa Inggeris: Snow White) ialah cerita dongeng yang terkenal dari berbilang negara di Eropah, terutama sekali versi Jerman yang dihimpunkan oleh Grimm Bersaudara (Jerman: Schneewittchen und die sieben Zwerge, "Putih Salji dan Tujuh Orang Kerdil"). Versi Jerman tersebut menampilkan unsur-unsur cermin sakti dan tujuh orang kerdil. Selain cerita Putih Salji dan orang kerdil, juga terdapat cerita Putih Salji dan Merah Mawar (Schneeweißchen und Rosenrot) yang juga merupakan himpunan Grimm Bersaudara.