Slot Seram
Seram adalah sebuah slot di TV3 yang menyiarkan drama-drama bersiri tempatan yang memaparkan kisah-kisah seram atau ghaib, juga mempunyai nilai-nilai misteri dan mistik.
Slot Seram disiarkan setiap Rabu jam 5:00 petang dan Khamis jam 5:00 petang dan 9:00 malam manakala setiap Jumaat jam 1:30 tengah hari dan Sabtu jam 1:00 tengah hari. Sepanjang Ramadan, slot ini bersiaran pada jam 7:00 malam setiap Sabtu dan Ahad.
Mulai 26 Januari 2013, Slot Seram telah dihentikan sepenuhnya.