Slot Lagenda

Slot Lagenda ialah sebuah slot di TV3 yang menyiarkan drama-drama bersiri tempatan yang memaparkan kisah-kisah dongeng, zaman masa silam.

Pada tahun 2008 hingga 2010, slot Lagenda unik dalam industri TV negara kerana disiarkan dua kali sehari (Isnin - Khamis) di dua saluran berbeza, iaitu TV3 (4:30 petang) dan TV9 (8:30 malam). Mulai Januari 2011, Slot Lagenda disiarkan di TV3 sahaja pada slot waktu yang sama; mulai 11 April 2011, ia dipindahkan ke slot separuh jam 4:00 petang.

Mulai 29 September 2011, Slot Lagenda telah dihentikan sepenuhnya dan digantikan dengan Slot Azalea.