Rogers Centre

Rogers Centre
SkyDome
Rogers Centre pada 2008
Nama silamSkyDome (1989–2005)
Alamat1 Blue Jays Way
LokasiToronto, Ontario, Kanada
PemilikRogers Communications
PentadbirRogers Stadium Limited Partnership
KapasitiBesbol: 41,500
Bola sepak Kanada: 31,074 (diluaskan kepada 52,230)
Bola sepak Amerika: 53,506
Bola sepak: 47,568
Bola keranjang: 22,911 (diluaskan kepada 28,708)
Concerts: 10,000–55,000
Rekod kehadiranWrestleMania X8: 68,237 (17 Mac 2002)
Saiz PadangGarisan Padang Kiri – 328 ka (100 m)
Kiri-Pusat – 368 ka (112 m)
Kiri-Pusat Power Alley – 381 ka (116 m)
Pusat Padang – 400 ka (120 m)
Kanan-Pusat Power Alley – 372 ka (113 m)
Kanan-Pusat – 359 ka (109 m)
Garisan Padang Kanan – 328 ka (100 m)
Backstop – 60 ka (18 m)
PermukaanAstroTurf (1989–2004)
FieldTurf (2005–2010)
AstroTurf GameDay Grass 3D (2010–2014)
AstroTurf 3D Xtreme (2015)
AstroTurf 3D Xtreme dengan dirt infield (2016–kini)
Pembinaan
Pecah tanah3 Oktober 1986
Dibuka3 Jun 1989 (sebagai SkyDome)
Kos pembinaan$570 juta
ArkitekRod Robbie, Robbie Adjeleian NORR Consortium
Jurutera strukturAdjeleian Allen Rubeli Ltd.
Perkhidmatan juruteraThe Mitchell Partnership Inc.
Kontraktor amEllisDon Construction
Tuan rumah
Toronto Blue Jays (MLB) (1989–kini)
Toronto Argonauts (CFL) (1989–2015)
Toronto Raptors (NBA) (1995–1999)
International Bowl (NCAA) (2007–2010)

Rogers Centre (asalnya SkyDome) ialah stadium pelbagai guna yang terletak di Downtown Toronto, Ontario, Kanada. Stadium ini dibuka pada tahun 1989 dan menjadi venue bagi pasukan Toronto Blue Jays yang bertanding di Major League Baseball (MLB). Stadium ini pernah menjadi gelanggang utama bagi pasukan Toronto Argonauts yang beraksi Canadian Football League (CFL) dan Toronto Raptors di saingan National Basketball Association (NBA). Pasukan Buffalo Bills dari National Football League (NFL) juga beraksi dalam siri setiap tahun di stadium ini bagi kejohanan Bills Toronto Series dari 2008 hingga 2013. Selain melangsungkan perlawanan sukan, stadium ini juga menjadi hos kepada perkara penting seperti konvensyen, konsert, karnival pelancongan, sarkas, acara monster truck serta ekspo perdagangan.

Stadium ini bertukar nama menjadi "Rogers Centre" selepas pembelian stadium yang dilakukan oleh Rogers Communications pada tahun 2005. Syarikat itu juga merupakan pemilik kepada pasukan Toronto Blue Jays. Stadium ini menjadi stadium terakhir MLB di Amerika Utara yang dibina untuk melangsungkan sukan besbol dan bola sepak. Stadium ini menjadi pentas kepada acara pembukaan dan penutupan Sukan Pan Amerika 2015.