Skrin Di 9
Skrin Di 9 ialah sebuah slot di TV9 yang menyiarkan barisan telefilem-telefilem tempatan mutakhir. Memulakan siarannya pada 5 Januari 2011 (iaitu lima tahun selepas penubuhan TV9) dengan beberapa judul filem dan juga telefilem ulangan oleh TV9 sendiri sebelum diambilalih peranannya sebagai Cerekarama versi saluran tersebut. Bersiaran pada Isnin 8:40 - 10:30 malam.