Skim Ponzi
Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu.