Skala major
Skala major ataupun skala Ionia ialah satu daripada skala dwiton. Ia terdiri daripada tujuh not jelas, ditambah not kelapan yang menduakan not pertama tetapi di satu tangga oktaf yang lebih tinggi. Dalam solfeggio not-not ini serupa dengan suku kata "Do, Re, Mi, Fa, Sol, La, Ti/Si, (Do)"— "Do" dalam kurungan merupakan oktaf pic tonik permulaan. Skala majaor yang paling mudah ditulis ialah dalam notasi muzik moden ialah C major kerana C major merupakan satu-satunya skala major yang tidak memerlukan syap ataupun flet, dan hanya memerlukan kekunci putih piano:
Contoh penggunaan skala C major dalam muzik popular dan muzik rock termasuk Will You Still Love Me Tomorrow oleh Carole King dan Gerry Goffin dan yang pernah didendangkan Dave Mason daripada pancaragam Traffic.