Siva Purana

Purana Shiva (Sanskrit: Śivapurāṇa (शिवपुराण) dan Śivamahāpurāṇa (शिवमहापुराण)) adalah salah satu daripada lapan belas teks utama dalam genre Purana dalam kesusasteraan Sanskrit Hindu, serta sebahagian daripada korpus kesusasteraan Shaivisme. Ia berkisar tentang dewa Hindu Shiva dan dewi Parvati, tetapi juga merujuk serta memuliakan semua dewa.

Purāṇa asal dikatakan mempunyai 100,000 ayat suci yang tersebar dalam dua belas saṁhitā atau kitab. Namun, resi Vyasa telah memendekkannya menjadi 24,000 ayat dalam tujuh saṁhitā. Saṁhitā tersebut ialah:

  1. Vidyeśvarasaṁhitā
  2. Rudrasaṁhitā
  3. Śatarudrasaṁhitā
  4. Koṭirudrasaṁhitā
  5. Umāsaṁhitā
  6. Kailāsasaṁhitā
  7. Vāyavīyasaṁhitā