Siti Saida
Siti Saida Tarudin | |
|---|---|
| Kelahiran | Siti Norsaida binti Tarudin 13 Disember 1976 |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 2008–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Siti Nurhaliza Productions |
| Kegiatan berkaitan | Siti Nurhaliza, Siti Sairah |
Siti Norsaida binti Tarudin juga dikenali sebagai Siti Saida atau Saida Tarudin (lahir 13 Disember 1976) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau salah seorang daripada bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam dan terkenal sebagai kakak kepada penyanyi legenda Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza.