Siti Rosmizah Semail
Siti Rosmizah Semail | |
|---|---|
| Kelahiran | 1972 (umur 52–53) |
| Pendidikan | Undang-undang |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Peguam, Penulis Novel, Penerbit |
| Tahun aktif | 1991–kini |
| Pasangan | Mazelan Zainol Abidin |
| Anak-anak | 2 |
| Karier menulis | |
| Bahasa | Melayu |
| Genre | Sastera, cereka |
| Karya terkenal |
|
Siti Rosmizah Semail merupakan seorang peguam dan penulis novel Malaysia. Memulakan kerjaya dalam bidang guaman, kemudian sebagai penulis novel, beliau telah menulis sebanyak 12 novel dengan sembilan daripadanya telah diterbitkan sebagai siri drama televisyen. Selain itu, Siti Rosmizah turut menulis lirik lagu "Aku Bidadari Syurgamu" nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza. Beliau merupakan lulusan undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).