Siti Nurhaliza (dokumentari)
| Siti Nurhaliza | |
|---|---|
| Genre | Biografi hiburan |
| Format | Dokumentari |
| Pengarah | Bernard Chauly |
Pencerita suara latar | Mike Cooper |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Inggeris Melayu |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Bernard Chauly |
| Penerbit | Lina Tan |
| Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan | Red Communications |
Syarikat pengedaran | A&E Television Networks |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | The History Channel |
| Siaran asal | 11 Januari 2012 |
Siti Nurhaliza ialah sebuah dokumentari biografi hiburan yang disiarkan di The History Channel (ASTRO Saluran 555) pada 11 Januari 2012. Diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan oleh Red Communications, dokumentari selama sejam ini menyiarkan perjalanan hidup dan kerjaya penyanyi wanita Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.
Dirakamkan dalam format definisi tinggi, tayangan perdana dokumentari Siti Nurhaliza di The History Channel bermula pada 11 Januari 2012 jam 10 malam sempena ulang tahun kelahiran Siti ke-33, diikuti dengan siaran ulangan pada 12, 14 dan 15 Januari 2012 pada jam 8 malam. Dokumentari ini juga boleh ditonton di YouTube.