Sistem-sistem kumpulan darah manusia
Istilah sistem kumpulan darah manusia ditakrifkan oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa sebagai satu kaedah pengelasan kumpulan darah manusia berdasarkan antigen-antigen permukaan sel yang secara khusus terdapat pada sel-sel darah manusia, dan antigen-antigen ini dikawalatur oleh sama ada satu lokus gen tunggal mahupun dua atau berbilang gen-gen homolog yang berkait rapat dengan sedikit hingga tiada rekombinasi yang dapat diperhatikan dalam gen-gen tersebut. Antara sistem-sistem darah yang sering dikenali adalah sistem antigen ABO dan sistem antigen Rh (resus), dan sehingga Disember 2022 terdapat 44 sistem pengelasan antigen darah manusia yang dapat dikenal pasti.