Sistem gantungan

Sistem gantungan ialah istilah yang diberikan kepada sistem spring, penyerap hentak dan sambungan mekanikal yang menghubungkan kenderan dengan rodanya. Sistem gantungan memberikan dua tujuan - membantu pengendalian kereta dan pemberhentian kereta (brek) untuk sistem keselamatan aktif dan kenikmatan pemanduan, juga memberikan penumpang pengasingan yang munasabah dah selesa dari bunyi bising jalan, bonggol dan getaran. Matlamat ini biasanya berlawanan, jadi menyesuai gantungan membabitkan mencari titik tengah tolak ansur. Sistem gantungan turut melindung kenderaan itu sendiri dan sebarang kargo dan barang dari kerosakan dan haus. Reka bentuk sistem gantungan hadapan dan belakang dalam kereta mungkin berlainan.