Sistem berautonomi (Internet)
Dalam Internet, Sistem berautonomi (bahasa Inggerisnya "autonomous system", AS) ialah sekumpulan awalan penghalaan Protokol Internet bersambungan yang dikawal oleh satu atau lebih pengendali rangkaian yang mempersembahkan polisi penghalaan yang jelas ditakrif dan sepunya ke Internet.
Asalnya, takrifannya memerlukan kawalan oleh entiti tunggal, biasanya pembekal khidmat Internet (ISP) atau pertubuhan yang sangat besar dengan sambungan sendiri ke berbilang rangkaian, mengikut satu polisi penghalaan tunggal yang ditakrif secara jelas, seperti ditakrifkan dalam RFC 1771. Takrifan baru dalam RFC 1930 mula diguna kerana berbilang pertubuhan boleh menjalankan BGP menggunakan nombor AS peribadi ke ISP yang menyambungkan kesemua pertubuhan tadi ke Internet. Walaupun ISP mampu menyokong lebih daripada satu AS, Internet hanya melihat pada polisi penghalaan ISP. ISP itu mesti ada Nombor Sistem Berautonomi (ASN) yang didaftarkan secara rasmi.