Sistem Jalan Negeri Sembilan
Sistem Jalan Negeri Sembilan atau Jalan raya di Negeri Sembilan merupakan laluan negeri untuk pengguna jalan raya di Negeri Sembilan. Terdapat juga bersambung ke negeri lain seperti Selangor,Melaka dan Pahang. Manakala, Johor pula tidak bersambung dengan laluan-laluan ini walaupun terdapat sebuah jalan negeri Melaka/Johor Jalan Asahan–Jementah yang merentasi Negeri Sembilan, ia masih guna kod J277/M125.
Jata laluan Negeri Sembilan adalah N--. Jika jalan negeri melintasi sempadan negeri, kod negeri bagi jalan tersebut turut bertukar, contohnya laluan / yang menghubungkan Kuala Klawang, Negeri Sembilan dengan Semenyih, Selangor, di mana berada di Negeri Sembilan, jalan raya tersebut dikodkan sebagai , setelah memasuki sempadan negeri Selangor, jalan raya tersebut bertukar kodnya kepada .
Terdapat juga laluan Negeri yang telah diwartakan sebagai laluan persekutuan, seperti LP 32 Laluan Labohan Dagang–Nilai, di mana sebelum ini adalah laluan N20 / B20 yang juga merentasi negeri.