Sisi jauh bulan
Sisi jauh bulan ialah bahagian hemisfera bulan yang tidak dapat dilihat dari Bumi. Sisi jauh Bulan pertama kali diambil gambarnya oleh kuar planet Soviet Luna 3 pada tahun 1959. Sisi ini juga buat kali pertamanya dilihat oleh manusia secara langsung semasa pengorbitan Bulan oleh misi Apollo 8 pada tahun 1968. Tanah permukaan yang berceranggah ini dicirikan oleh pelbagai kawah dan hanya sedikit mare qamari. Sisi ini mengandungi ciri hentaman yang kedua terbesar dalam Sistem Suria, iaitu Lembangan Kutub Selatan-Aitken.
Sisi jauh pernah disarankan sebagai tempat bagi teleskop radio besar oleh sebab sisi ini terlindung daripada gangguan radio dari Bumi. Tidak ada pengembaraan permukaan dibuat setakat ini.