Sirul Azhar Umar
Koperal Sirul Azhar Umar (lahir 29 Januari 1971) terkenal di Malaysia setelah dituduh bersama Azilah Hadri membunuh wanita jelita dari Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu. Kes ini menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga membabitkan Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Abdul Razak Baginda dibebaskan oleh hakim pada 31 Oktober 2008 . Sementara Najib menafikan pernah mengenali Altantuya.
Beliau telah menyertai Unit Tindak Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 23 Januari 1996 dan bertugas dalam Unit Komunikasi. Sirul nombor perkhidmatan ialah 125591.
Sirul Azhar Umar | |
|---|---|
| Kelahiran | Sirul Azhar bin Hj. Umar 29 Januari 1971 |
| Pekerjaan | Pegawai polis |