Sirindhorn
| Sirindhorn سيريندور มหาจักรีสิรินธร | |
|---|---|
| Puteri dari Thailand | |
| Keputeraan | 2 April 1955 Bangkok, Thailand |
| Kerabat | Dinasti Chakri |
| Ayahanda | Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX) |
| Bonda | Ratu Sirikit |
| Agama | Buddhisme |
|
KDYMM Raja
|
Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand (Bahasa Thai: มหาจักรีสิรินธร, Sebutan bahasa Thai: [mā.hǎː t͡ɕàk.krīː sì.rīn.tʰɔ̄ːn]; Maha Chakkri Sirinthon), lahir sebagai Puteri Sirindhorn Debaratanasuda Kitivadhanadulsobhagya (Bahasa Thai: สิรินธรเทพรัตนสุดา กิติวัฒนาดุลโสภาคย์; RTGS: Sirinthontheppharattanasuda Kitiwatthanadunlasophak) pada 2 April 1955 ialah puteri kedua Raja Bhumibol Adulyadej.
Gelaran rasmi DYTM ialah Somdech Phra Debaratanarajasuda Chao Fa Maha Chakri Sirindhorn Rathasimagunakornpiyajat Sayamboromrajakumari (สมเด็จพระเทพรัตนราชสุดา เจ้าฟ้ามหาจักรีสิรินธร รัฐสีมาคุณากรปิยชาติ สยามบรมราชกุมารี; RTGS: Somdet Phra Theppharat Rat Suda Chao Fa Maha Chakkri Sirinthon Ratthasima Khunakon Piyachat Sayam Borommaratchakumari), yang dikurniakan oleh paduka ayahandanya pada 5 Disember 1977. Rakyat Thai sering menggelarnya sebagai "Phra Thep", atau "puteri kayangan". Gelaran DYTM merupakan gelaran yang setara dengan gelaran kakandanya, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn. Pemindaan perlembagaan Thailand pada 1974 telah membenarkan anakanda perempuan untuk mewarisi takhta sekali gus menjadikan DYTM salah seorang daripada mereka yang layak untuk menjadi raja.