Sirap bandung

Sirap bandung
Sirap bandung
Nama alternatifBandung, air sirap bandung
JenisMinuman
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara Maritim seperti Malaysia, Singapura dan Brunei
Dicipta olehMuar.
Bahan utamaSusu sejat, susu pekat manis, sirap kordial ros
Keragaman/variasiSirap bandung soda, sirap bandung dengan laici, sirap bandung dengan cincau, bandung tarik
sunting · sunting di Wikidata

Sirap bandung (Jawi: سيرڤ باندوڠ) ialah sejenis minuman yang terdapat di Asia Tenggara Maritim di kawasan Malaysia, Brunei dan Singapura Ia merupakan minuman yang mencampurkan air sirap bersama susu. Penggunaan istilah "bandung" merujuk kepada dua benda yang dirangkaikan atau digabungkan menjadi satu dan tiada kaitan dengan nama tempat di Indonesia iaitu Bandung sama ada asal-usulnya ataupun penggunaannya.

Penggunaan sirap perisa ros ialah yang paling lazim dijumpai dan disinonimkan dengan sirap bandung memandangkan "air sirap" itu sendiri dirujuk orang Melayu kepada air berwarna merah perisa ros. Pengunaan sirap perisa lain juga boleh didapati di sesetengah tempat dan lebih diistilahkan sebagai "air bandung".