Sint Eustatius

Sint Eustatius
Perbandaran khas Belanda
Lokasi  Sint Eustatius  (dibulat merah)

di Caribbean

Peta menunjukkan lokasi St. Eustatius berbanding dengan Saba dan St. Martin
Koordinat: 17°29′N 62°59′W / 17.483°N 62.983°W / 17.483; -62.983
Negara Belanda
Rantau seberang lautTemplat:Country data Belanda Caribbean
Digabungkan ke dalam Belanda10 Oktober 2010 (pembubaran Antillen Belanda)
Ibu kota
(dan bandar terbesar)
Oranjestad
Pentadbiran
 (lihat Politik Belanda)
 • Lt. GabenorMike Franco (Pesuruhjaya kerajaan)
Keluasan
 • Jumlah21 km2 (8 batu persegi)
Penduduk
 (1 Januari 2019)
 • Jumlah3,138
 • Kepadatan150/km2 (400/batu persegi)
DemonimSt. Eustatian; Statian
Bahasa
 • RasmiBelanda
 • Rantau diiktirafInggeris
Zon waktuUTC−4 (AST)
Kod panggilan+599-3
Kod ISO 3166BQ-SE, NL-BQ3
Mata wangDolar Amerika Syarikat ($) (USD)
TLD Internet

Sint Eustatius (Sebutan Belanda: [sɪnt øːˈstaːtsijʏs]), juga dikenali tempatan sebagai Statia (/ˈstʃə/), ialah sebuah pulau di Caribbean. Ia merupakan perbandaran khas (rasminya “badan awam”) Belanda.

Pulau ini terletak di bahagian Kepulauan Leeward utara Hindia Barat, tenggara Kepulauan Virgin. Sint Eustatius betul-betul ke barat laut Saint Kitts, dan tenggara Saba. Ibu kota rantau ini ialah Oranjestad.

Pulau ini mempunyai keluasan 21 kilometer persegi (8.1 bt2). Setakat Januai 2019, populasinya 3,138, dengan kepadatan populasi 150 penduduk kilometer persegi. Bahasa rasmi ialah bahasa Belanda, tetapi bahasa Inggeris ialah "bahasa kehidupan harian" di pulau ini dan pendidikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. A local English-based Kreol tempatan berasaskan Inggeris juga ditutur secara tidak rasmi. Pengunjung ke pulau ini melalui udara melalui Lapangan Terbang F. D. Roosevelt.

Dahulu sebahagian Antillen Belanda, Sint Eustatius menjadi perbandaran khas di dalam Belanda pada 10 Oktober 2010. Bersama dengan Bonaire dan Saba ia membentuk kepulauan BES.

Nama pulau ini, “Sint Eustatius”, ialah nama Belanda bagi Saint Eustace (juga dieja Eustachius atau Eustathius), seorang martir Kristian legenda, dikenali dalam bahasa Sepanyol sebagai San Eustaquio dan dalam bahasa Portugis sebagai Santo Eustáquio atau Santo Eustácio.