Sinod Mayat
Sinod Mayat (Latin: Synodus Horrenda) merupakan kejadian pembicaraan dilakukan terhadap mayat Paus Formosus di Basilika Santo Ioannes pada January 897, tujuh bulan selepas kematian Formosus. Pembicaraan ini dilakukan Paus Stephanus VI yang menjawat kerusi Paus Gereja Katolik dua tempoh selepas Formosus; Paus sebelumnya, Bonifacius VI hanya sempat memerintah tidak lama kurang sebulan sebelum diturunkan.
Pembicaraan ini dilakukan secara terbuka dan menunjuk dalam kalangan paderi kardinal di mana Stephanus menuduh mendiang Formosus kononnya mengambil sumpah bohong lalu menaiki Takhta Suci secara tidak sah; sedangkan pembicaraan ini diketahui berlaku bermotif politik.