Hannah Delisha

Hannah Delisha
هننه دليش
Hannah di ABPBH 2024
Kelahiran
Hannah Adlina Blackburne Birch

(1996-10-27) 27 Oktober 1996
Pekerjaan
Tahun aktif2013–kini
PasanganImam Shah (k. 2021)
Ibu bapa
  • Peter Blackburne Birch (bapa)
  • Noor Ashikin Ahmad (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanFaithful Music

Hannah Adlina Blackburne Birch atau lebih dikenali sebagai Hannah Delisha (lahir 27 Oktober 1996) ialah seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara Singapura. Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Delisha, seterusnya muncul dalam beberapa drama televisyen terbitan MediaCorp Suria. Beliau mula mencipta nama di Malaysia menerusi drama adaptasi novel popular Mencintaimu Mr. Photographer.