Sindrom Anton

Sindrom Anton, juga dikenali sebagai kebutaan Anton dan anosognosia visual ialah simptom kerosakan otak di Lobus oksipital. Mereka yang mengalaminya menjadi buta secara kortikal. Pesakit selalunya akan menganggap dirinya masih dapat melihat. Penghidap sindrom Anton tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah buta, menolak bukti keadaan buta mereka dan sering mereka-reka cerita (konfabulasi) untuk mengisi input deria yang telah hilang. Sindrom ini dinamakan sempena pakar neurologi Gabriel Anton . Sehingga kini hanya 28 kes telah diterbitkan.

Sindrom Anton sering digunakan sebagai sinonim dengan sindrom Anton-Babinski, walaupun kedua-dua istilah ini sebenarnya merujuk kepada dua ciri -ciri klinikal yang berbeza.