Simon Russell Beale

Sir

Simon Russell Beale

CBE
Beale, 2011
Kelahiran (1961-01-12) 12 Januari 1961
PendidikanKolej Gonville dan Caius, Cambridge
Sekolah Muzik dan Drama Guildhall
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penerbit
  • sejawaran
Tahun aktif1985–kini

Sir Simon Russell Beale CBE (lahir 12 Januari 1961) ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau terkenal dengan persembahannya dalam filem, televisyen dan teater. Beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuk dua Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Olivier dan Anugerah Tony. Atas jasanya dalam seni drama, beliau dinobatkan sebagai kesatria oleh Ratu Elizabeth II pada 2019. Beale telah digambarkan oleh The Independent sebagai "pelakon pentas terhebat dalam generasinya".

Beale memulakan kerjaya lakonannya di Royal Shakespeare Company dan National Theatre. Beliau telah menerima sepuluh pencalonan Anugerah Laurence Olivier, memenangi tiga anugerah untuk persembahannya dalam Volpone (1996), Candide (2000), dan Uncle Vanya (2003). Dalam kerjanya di pentas Broadway, beliau telah menerima Anugerah Tony bagi pencalonan Pelakon Terbaik dalam Drama dalam persembahannya sebagai George dalam drama Tom Stoppard, Jumpers pada 2004. Bagi peranannya sebagai Henry Lehman dalam Trilogi Lehman, beliau memenangi Anugerah Tony bagi Pelakon Terbaik dalam Drama dan dicalonkan bagi Anugerah Olivier.

Beale membuat debut filemnya dalam drama zaman Sally Potter, Orlando (1992). Beliau menjadi terkenal kerana peranannya dalam Persuasion (1995), Hamlet (1996), My Week with Marilyn (2011), The Deep Blue Sea (2011), Mary Queen of Scots (2018), Benediction (2021) dan The Outfit (2022). Pada 2017, beliau membawakan watak Lavrentiy Beria dalam The Death of Stalin karya Armando Iannucci, yang mana beliau menerima Anugerah Filem Indie British bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Dia juga pernah muncul dalam projek televisyen The Young Visiters (2003), Dunkirk (2004), dan Vanity Fair (2018). Beliau memperoleh dua Anugerah Televisyen Akademi British: satu bagi Pelakon Terbaik untuk A Dance to the Music of Time (1998), dan satu lagi bagi Pelakon Pembantu Terbaik untuk Henry IV, Part I and Parti II (2012). Dari 2014 hingga 2016, beliau adalah sebahagian daripada pelakon utama Penny Dreadful dalam Showtime.