Silium

Silium
Mikrograf silium epitelium pernafasan di peparu
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinSilium
MeSHD002923
THH1.00.01.1.01014
FMAFMA:67181
Istilah anatomi mikroanatomi

Silium (daripada Latin, bermaksud "bulu kening") ialah suatu organel pada sel eukariot yang berbentuk bonjolan yang terbit daripada badan sel.

Ada dua jenis utama silia: silia motil (bergerak aktif) dan tak-motil. Silia tak motil juga dipanggil sebagai silium primer yang bertindak sebagai oerganel deria. Kebanyakan jenis sel mamalia memiliki satu silium tak motil yang berfungsi sebagai "antena" sel. Pengecualian termasuk saraf olfaktori (deria bau) yang memiliki beberapa silium tak motil dan sel-sel nodus embrio yang mempunyai silium tunggal motil yang berperanan memberi bentuk tak simetri kiri-kanan. Silia tak motil menghantar isyarat dari persekitaran atau sel-sel lain.

Pada eukariot, silia motil dan flagelum (bersama-sama dipanggil undulipodium) adalah serupa pada struktur, walaupun pembezaan kadangkala dibuat berdasarkan fungsi dan panjang.