Silat Harimau

Silat Harimau
FokusPertahanan diri
Negara asalIndonesia (Sumatera Barat)
Sukan olimpikNo

Silat Harimau (Minangkabau: Silek Harimau, Indonesia: Pencak Silat Harimau) ialah pencak silat gaya Minangkabau berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Silat Harimau mempunyai pergerakan yang digunakan sama dengan teknik dan falsafah seekor harimau. Silat harimau mempunyai teknik yang lincah dan pergerakan yang cantik. Namun, di sebalik teknik dan gerakan tersebut, terdpat banyak serangan maut yang boleh digunakan untuk melumpuhkan musuh dengan cepat.

Gerakan silat ini dikenali dengan agak sakit dan membuatkan lawan tidak boleh bergerak dan membuatkan badan tidak boleh berlawan lagi. Sebagai tambahan, Silat Harimau juga menggunakan cakar sebagai senjata untuk menyerang lawan. Cakaran tersebut mensasarkan leher, muka dan bahagian penting lawan. Teknik ini merupakan ciri-ciri yang tidak terdapat pada seni silat yang lain.